Thursday, 16 June 2011

MENU_KUIH BATANG BURUK

Kelab mak aku ini sangat aktif, beberapa minggu yang lepas buat sesi belajar nak buat kuih batang buruk. Dah siap menuntut ilmu, mak aku pun balik praktis buat sendiri..Resepi dia lebih kurang nak buat kuih kapal terbang je..

Bahan-bahan dia : tepung gandum, minyak, air garam, gula dan kacang hijau ataupun kacang tanah. Semua bahan tadi dicampur menjadi doh kecuali gula dan kacang...


Dah siap diuli, doh tadi kena dicanai bagi nipis : boleh guna mesin buat mee untuk canai doh bagi nipis seperti gambar diatas. Kemudian potong la doh tadi 2 bentuk empatsegi tepat..


 After that, doh yang dipotong empatsegi tepat 2 digulung menjadi rupa macam silinder..Mak aku guna pen untuk nak gulung dan lekatkan dengan air garam..Dah siap..


Boleh la digoreng..


dah siap digoreng, kena toskan dulu biar minyak kering, baru kuih batang buruk ni tahan lama..Last sekali adalah proses nak masukkan kacang yang hancur dan gula. Boleh guna kacang tanah ataupun kacang hijau. Lagi sedap letak kacang hijau sebab lagi halus dan gebu berbanding kacang tanah yang kasar cikit. Mak aku letak kacang tanah sebab yang 2 je ada kat rumah aku hehehe...


Inilah kuih batang buruk yang aku dan mak aku hasilkan..Tinggal cikit aje coz adik aku dah rembat bawa balik asrama dia..Setelah beberapa orang mencuba, diorang cakap sedap..hehehe terima kasih kepada cikgu mak aku yang sudi berkongsi resepi....



carrot-button.blogspot

No comments:

Post a Comment