Wednesday 22 June 2011

MENU_FAREWELL AND BESDAY PARTY

Date: 22 June 2011, Wednesday
Venue : Bilik Postgrad
Farewell and Besday Party

Jamuan kali ni bertemakan western food sempena besday dan perpisahan seorang sahabat aku yang ingin kembali ke bumi terengganu..Banyak gak menu yang disediakan, setiap orang kena prepare satu menu. Antaranya:


Spaghetti disediakan oleh Mai
Kuah ini dia buat sendiri dengan buah tomato dan sos tomato..
sedap sama je macam kuah prego..


garlic bread
wangi sungguh bau garlic bread ni bila dibakar
garlic bread spread juga disediakan oleh Mai...


puding laici
Aku yang prepare, terkeras cikit sebab terlebih agar-agar..
tapi not bad ar rasa puding ini


makaroni bakar
Kak Aza yang buat, dia guna cheese cheddar
aku suka sangat sedap walaupun cheddar berketul2..
dia buat ikut resepi chef hanieliza..


mushroom soup
ala2 soup macam kat pizza hut
Najwa yang sediakan..


rojak buah
pedasnya rojak ini, Anis yang prepare
ada buah jambu, epal, nanas..


coleslaw
homemade by Shida..
so sweet and delicious..


wedges and fries
no cheezy
Done by Zai
Last menu from Chunk is jagung rebus
terlupa lak nak ambik gambar sebab terlalu gembira dengan hidangan yang banyak...


carrot-button.blogspot

Thursday 16 June 2011

MENU_KUIH BATANG BURUK

Kelab mak aku ini sangat aktif, beberapa minggu yang lepas buat sesi belajar nak buat kuih batang buruk. Dah siap menuntut ilmu, mak aku pun balik praktis buat sendiri..Resepi dia lebih kurang nak buat kuih kapal terbang je..

Bahan-bahan dia : tepung gandum, minyak, air garam, gula dan kacang hijau ataupun kacang tanah. Semua bahan tadi dicampur menjadi doh kecuali gula dan kacang...


Dah siap diuli, doh tadi kena dicanai bagi nipis : boleh guna mesin buat mee untuk canai doh bagi nipis seperti gambar diatas. Kemudian potong la doh tadi 2 bentuk empatsegi tepat..


 After that, doh yang dipotong empatsegi tepat 2 digulung menjadi rupa macam silinder..Mak aku guna pen untuk nak gulung dan lekatkan dengan air garam..Dah siap..


Boleh la digoreng..


dah siap digoreng, kena toskan dulu biar minyak kering, baru kuih batang buruk ni tahan lama..Last sekali adalah proses nak masukkan kacang yang hancur dan gula. Boleh guna kacang tanah ataupun kacang hijau. Lagi sedap letak kacang hijau sebab lagi halus dan gebu berbanding kacang tanah yang kasar cikit. Mak aku letak kacang tanah sebab yang 2 je ada kat rumah aku hehehe...


Inilah kuih batang buruk yang aku dan mak aku hasilkan..Tinggal cikit aje coz adik aku dah rembat bawa balik asrama dia..Setelah beberapa orang mencuba, diorang cakap sedap..hehehe terima kasih kepada cikgu mak aku yang sudi berkongsi resepi....



carrot-button.blogspot

Tuesday 7 June 2011

MENU_PUDING LAICI

Hari 2 mak aku prepare puding laici untuk bawa pergi rumah besan dia. Aku tukang tengok n tukang rasa je. Resipi ini mak aku dapat dari kelas memasak dia tapi dia ubah cikit..


Bahan-bahan untuk buat puding laici : Agar-agar, gula, susu cair, laici dan air. Kalau guna agar-agar serbuk pun boleh juga..


Beginilah puding laici yang mak aku buat..Laici xnampak sebab mak aku cincang halus-halus. 

carrot-button.blogspot

HANTARAN_SIREH JUNJUNG

New task : kena buat sireh junjung as hantaran pertunangan imah (adik ipar abang aku)...Suma barang dah disediakan kecuali sireh aje..


 ini orang panggil gubahan ala-ala buah nenas. Stail tradisional je kalau zaman sekarang bunga lagi banyak dari sireh. Dulu orang buat sireh junjung sebab orang dulu makan sireh ni tapi sekarang buat sekadar nak ikut adat je..


Baru siap separuh jalan, masih banyak lagi nak kena buat. 


Ini dia hasilnya. biasa-biasa aje. hopefully imah suka le walaupun xberape cantik.


Ini pulak hantaran sireh junjung dari pihak lelaki. Simple but gorgeous..


carrot-button.blogspot

Wednesday 25 May 2011

JAHIT REBEN_BUNGA ROS

Ini hasilnya yang mak aku buat selepas masuk kelas jahit reben. Cikgu dia baru ajar buat bunga jenis ini, em simple saja tapi cantik. 

Untuk buat bunga kena guna reben besar dan untuk daun guna reben yang sederhana kecil. Batang bunga pulak cuma guna benang aje.

Next week, cikgu dia nak ajar bunga jenis lain pulak..jom try



carrot-button

Tuesday 24 May 2011

MY CARROT MY BUTTON


MY SWEET CARROT'S


MY SWEET BUTTON'S


carrot-button.blogspot.com